Sabtu, 11 Mei 2013

Menguap daripada Syaitan...

         

 Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu..

          أن النبي صلى الله غليه وسلم قال التثأوب من الشيطان فإذا تثائب احدكم فليكظم ماستطاع

Ertinya: Bahawa nabi Sallahu alaihi wasallam berkata,"menguap itu daripada syaitan ,maka apabila salah seoarang daripada kamau menguap tahanlah ia ( dengan menutup mulut dengan dengan belakang tapak tangan kiri) supaya syaitan tidak dapat masuk..
       

          Semua manusia akan mengalami menguap ,setengah pendapat mengatakan menguap itu tanda mengantuk dan perlu tidur,apabila ditahan dan tidak tidur menguap akan semakin kerap berlaku.

           Kebiasaannya perbuatan menguap, mulut akan terbuka dan ada sesetengan orang akan mengeluarkan suara,ada yang perlahan ,ada juga yang sengaja dikuatkan.
Adab muslim apabila menguap hendaklah menutup mulut dengan belakang tangan kiri bukan tapak tangan kiri atau tangan kanan agar tidak mengeluarkan suara dan tidak memberi kesempatan kepada syaitan...
                                          


Jumaat, 10 Mei 2013

Istimewa buat suami tercinta...

السلام عليكم ورحمة الله
Setelah lama kutinggal blog ini...kumulakan dengan ucapan Selamat Ulang tahun buat suami tercinta...Mohd Fadhil Bin Ismail..Genap umurmu 44 tahun semalam (09 Mei )...Semoga Allah sentiasa memeliharamu di bawah naungan kasih sayangNya..kaulah anugerah paling berharga buatku dan anak-anak..Segala pengorbaanmu tak mampu kami balas...
Engkaulah Segalanya...



                  Semua orang inginkan pasangan yang sempurna yang boleh membahagiakan kita,memenuhi segala permintaan kita,tanpa kita sedari kita juga tidaklah sempurna sebagaimana yang pasangan kita inginkan...jadi terimalah suami kita seadanya... kerana itulah jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita..
Pasangan yang ideal bukan pasangan yang ideal di mata manusia tetapi ideal disisi Allah kerana dialah penentu kebahagiaan  sebuah rumahtangga...ingin bahagia...mintalah dengan Allah bukan dengan pasangan kita...dia sama seperti kita serba kekurangan  dan saling memerlukan..Allah pasti memberi kebahagiaan kepada pasanangan yang saling redha meredhai,sayang menyayangi....


Oleh itu.. bersukurlah kerana kita memiliki suami jika dibandingkan orang lain yang masih mengharapkan kehadiran seorang suami namun jodohnya belum kesampaian...
Bersyukurlah kita kerana dikurniakan suami yang penyayang jika dibandingkan orang lain yang selalu menerima pukulan dan sepak terajang suami...
Bersyukurlah kita kerana dikurniakan suami ang menjaga kehormatan kita jika dibandingkan orang lain yang maruah dan tubuh badannya dijadikan barang dagangan...
bersukurlah padanya...



Selasa, 6 November 2012

Kembali bersua...

Telah lama kutinggalkan blog ini...
tunggulah episod seterusnya...

Jumaat, 4 November 2011

Salam Arafah


Salam Arafah..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Lama sudah tak tak bersua di alam maya…
Tak bersua tak beerti melupakan…Selagi bernyawa..kanku teruskan untuk berkongsi ilmu…

Hari in hari Arafah, hari di mana  seluruh jemaah haji di tanah suci telah berang kat ke Bumi Arafah untuk menunaikan rukun haji yang kedua iaitu berada di bumi Arafah walaupun seketika dan waktunya ialah dari gelincir matahari sehingga sebelum terbit fajar  10 Zulhijjah.Beruntunglah wahai jemaah haji kerana diizinkan untuk berada di bumi kontang namun penuh dengan keberkatan andai kita menggunakan kesempatan untuk mengambil peluang yang ada mengisinya dengan ibadah dan memohon segala macam doa .
Kelebihan dan kemuliaan hari wukuf dijelaskan dalam sebuah hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim, mafhumnya:

"Tidak ada satu hari pun apabila hamba Allah lebih ramai dibebaskan dari neraka berbanding dengan hari Arafah. Bahawa Allah Subhanahu Wata'ala dekat kepada mereka, lalu berbangga dengan mereka Malaikat-malaikatnya dengan berkata: Alangkah mulianya keinginan mereka."

Dalam sebuah hadith lain (riwayat Ahmad dan at-Tabrani), sabda Nabi, mafhumnya:

"(Allah berfirman kepada para malaikat): Lihatlah hamba-hamba-Ku! Mereka datang kepada-Ku dengan rambut kusut dan berdebu, kerana mengharapkan Rahmat-Ku. Maka aku bersaksi kepadamu bahawa Aku telah mengampunkan mereka."

Namun janganlah bersedih bagi yang tak didizinkan ke sana..Kita juga diberi peluang untuk menghayati ‘roh haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.


Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘roh haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. 
Rasulullah  s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah. ” (HR. Tirmidzi no. 3585)
Tidak diragukan lagi, telah terbentang di hadapannya pintu-pintu pengabulan doa!
Ibnu Abdilbarr mengomentari hadits di atas, “Di dalam hadits ini terdapat kandungan hukum yaitu bahwasanya doa di hari Arafah lebih utama dibandingkan doa di selain hari Arafah. Dan padanya juga terdapat dalil yang menunjukkan keutamaan hari Arafah dibandingkan hari lainnya…dan di dalam hadits ini juga terdapat dalil yang menunjukkan bahwa doa di hari Arafah seringnya dikabulkan seluruhnya. ”(At-Tamhid 41/6)

Doa ini tidak hanya disunnahkan untuk dibaca oleh jemaah haji, tetapi juga oleh seluruh kaum muslimin pada hari Arafah, hari semua jemaah haji berkumpul di Padang Arafah simbol Padang Mahsyar. Berikut ini doanya:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللّهُمَّ يَا اَجْوَدَ مَنْ اَعْطى، وَيَا خَيْرَ مَنْ سُئِلَ، وَيَا اَرْحَمَ مَنِ اسْتُرْحِمَ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَآلِهِ فِى الاَْوَّلِينَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَآلِهِ فِى الاْخِرِينَ. وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَآلِهِ فِى الْمَلاَءِ الاَْعْلَى. وَصَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِهِ فِى الْمُرْسَلينَ. اَللَّهُمَّ اَعْطِ مُحَمَّداً وَآلَهِ الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَالشَّرَفَ وَالرَّفْعَةَ وَالدَّرَجَةَ الْكَبِيرَةَ. اَللَّهُمَّ اِنِّى آمَنْتُ بِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَلَمْ اَرَهُ فَلاَ تَحْرِمْنِى فِى الْقِيَامَةِ رُؤْيَتَهُ، وَارْزُقْـنِى صُحْبَتَهُ وَتَوَفَّنِى عَلَى مِلَّتِهِ، وَاسْقِنِى مِنْ حَوْضِهِ مَشْرَباً رَوِيّاً سَآئِغاً هَنِيئاً لاَ اَظْمَأُ بَعْدَهُ اَبَداً اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْء قَدِيرٌ. اَللَّهُمَّ اِنّى آمَنْتُ بِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَلَمْ اَرَهُ فَعَرَِّفْنِى فِى الْجِنَانِ وَجْهَهُ. اَللَّهُمَّ بَلِّغْ مُحَمَّداً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ مِنِّى تَحِيَّةً كَثِيْرَةً وَسَلاَماً


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, wahai Yang Paling Baik dari semua yang dimintai, wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.


Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya yang terdahulu.
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya yang belakangan. Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat. Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah, karuniakan kepada Muhammad dan keluarganya: wasilah, keutamaan, kemuliaan dan derajat yang agung.


Ya Allah, sungguh aku mempercayai Muhammad saw, dan aku belum pernah melihatnya. Maka, jangan halangi aku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkan padaku kedekatan dengannya. Matikan aku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya minuman yang segar yang tak ada lagi dahaga selamanya sesudahnya. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah, sungguh aku mempercayai Muhammad saw, dan aku belum pernah melihatnya,
maka perkenalkan padaku wajahnya di surga.
Ya Allah, sampaikan salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya.

Wallahua’lam.

Khamis, 1 September 2011

Wardatain

Entah apalah nasib kami di sana nanti...
Syawal kali ini disambut sederhana..namun kesyukuran kupanjatkan kerana kami sekeluarga telah menyempurnakan ibadah puasa dengan rasa kepuasan walau ibdah yang dilakukan tidaklah sehebat mana ...namun kami telah perbaikinya sebaik mungkin..Mudah-mudahan ianya diterima oleh yang Maha Esa... kata orang biar sedikit dan sederhana namun berterusan dan dilakukan dengan hati yang ikhlas..

Dalam kemeriahan dan kegembiraan di pagi syawal..Aku tidak pernah melupakan "dua Mawar" yang sedang mewangi di taman syurga...
Wahai "dua Mawar"ku...kalian bakal menjadi bidadari syurga...tunggulah Ummi dan Walid yang bakal menyusul...mudah-mudahan kami dizinkan masuk ke "tempat" kalian yang indah...
Ini sahajalah kenangan kami ..
Telah 13 tahun kalian berdua meninggalkan kami...Namun kalian tetap hidup di hati kami terutama di hati ummi dan walidmu..

 Wardatul Husna dan Wardatul Huda...
Dua jasad satu hati...
Penghuni  syurga nan indah..
Ummi tetap mengingatimu...Pusaramu tetap kami kunjungi...al-Fatehah untukmu puteri-puteriku...
Kalian telah ada jalan penentunya..
Tinggal kami di dunia ini menghitung hari dan waktu..
Entah esok entah lusa...
Ketentuan hidup kami entah apa kesudahannya..
Sedang terkial-kial membetulkan diri..
Melawan hawa nafsu yang lebih mencintai dunia..
Entah bagaimanakah nasib kami di sana..

Wardatul Husna dan Wardatul Huda...
Beruntunglah kalian anak-anakku...
Kalian pergi dulu meninggalkan kami..
Walau sedih dan pilu kerana perpisahan ..
Namun Ummi dan Walidmu Redha...
Kerana Tempatmu di sana lebih baik berbanding kami di sini...
Salam kasih buatmu "Dua Mawar"ku
Syurgalah tempat kekalmu..







Rabu, 10 Ogos 2011

Tenang dengan hanya menyebut namaMu...



 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w berrsabda; "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yg menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar