Ahad, 15 Mei 2011
Hadiah Hari Guru
"Assalamualaikum murid-murid." Cikgu Aminudin memberi salam sebaik sahaja melangkah masukke bilik darjah 5 Amanh, kelas yang dijagainya.
Waalaikum mussalam, cikgu. " Panjang nada murid-murid menjawab salam gurunya. Kelas terus riuh rendah . Pening kepala Cikgu Aminudin dibuatnya.
"Hmm...!" Cikgu Aminudin memulakan bicara.
"Dengar sini semua ya, tolong berikan perhatian, hari ini ada pengumuman penting nak cikgu sampaikan, " terus Cikgu Aminudindengan suara agak lantang.
Setelah diperhatikan semua pelajarnya duduk di tempat masing-masing dalam keadaan bersidai, Cikgu aminudin menyampaikan sebuah pengumuman :
"Pelajar-pelajar, Isnin minggu depan 16 Mei tahun ini. Hari itu adalah Hari Guru. Sempena Hari Guru tahun ini, Cikgu mahu kamu sediakan satu hadiah untuk saya." Cikgu aminudin berhenti sejenak untuk memerhatikan kalau-kalau ada reaksi.
Murid-murid masih berdiam. Mereka seolah-olah mahu mendengar lebih lanjut. Memang begitula sikap murid jika cikgu pandai membuat suspens. Cikgu Aminudin tidak pula tergesa-gesa kerana ia mahu meneliti wajah demi wajah bagi memastikan tidak ada riak gelisah di kalangan pelajarnya.
"hadiah kamu itu mestilah sesuatu yang tidak perlu dibeli.Jika terpaksa dibeli,Cikgu nasihatkan harga tidak melebihi lima puluh sen." Cikgu Aminuddin berhenti lagi.Ia mahu tinjau kefahaman pelajarnya dengan arahan mudah itu.
"Dan,sertakan bersama hadiah tersebut sebuah cogan kata atau ucapan pendek yang kamu karang sendiri.Panjangnya tidak lebih daripada sepuluh patah perkataan sahaja.lagi kurang lagi baik,"sambung Cikgu Aminudin menamatkan arahan.
Terdapat beberapa kelompok kelihatan berbincang sesama sendiri.Cikgu Aminudin tidak pasyinapakah mereka tidak faham atau pun ada sesuatu yang lain yang disembangkan.
"Baiklah. Jika ada sesiapa yang masih belum faham, sila angkat tangan," Cikgu aminudin meminta. " Jika tidak ada, cikgu ingin terangkan di sini iaitu kita akan adakan majlis penyerahan hadiah itu di dalam kelas ininpada pukul sepuluh pagi. Setiap orang akan tampil ke depan untuk menyerahkan sendiri hadiahnya kepada cikgu. Jelas? "
" Jelas Cikgu....! " Jawab muridnya beramai-ramai. Setibanya hari yang dinantikan, Cikgu aminudin pun masuk ke kelasnya tepat pada waktu yang dijanjikan. Setelah memberi dan menjawab salam, Cikgu Aminudin terus meminta pelajar-pelajarnya menyusun meja dalam bentuk bulatan. Pelajar bertindak dengan pantas kerana ingin menyaksikan majlis yang dijanjikan.
"Baikalah murid-murid, cikgu rasa hari ini adalah hari yang paling bahagia bagi cikgu kerana banyak hadiah yang akan cikgu terima daripada kamu, " kata Cikgu Aminudin memulakan percakapan. Semua pelajar memberi tumpuan. Masing-masing semacam tidak sabar untuk tampil menyerahkan hadiah kepada guru yang sangat mereka hormati.
"Murid-murid cikgu rasa lebih baik cikgu berikan kebebasan kepada kamu sendiri tentang siapa yang hendak serahkan terlebih dahulu. " Cikgu aminudin menerangkan caranya. " Tetapi ingat, jangan sampai berebut-rebut," tambahnya lagi.
Cikgu Aminudin meletakkan dirinya pada suatu sudut, di hadapan kelas. Dia berdiri tegak di situ menanti muridnya tampil menyerahkan apa yang dibawa. Maka muncullah seorang demi seorang menghulurkan pelbagai hadiah dengan cebisan tertulis kata-kata tertentu. Cikgu Aminudin menerima segalanya dengan penuh rasa kekaguman. Cebisan kertas yang tertuli kata-kata dikumpul. Niatnya akan dibicara kemudian nanti satu persatu. Biar seluruh kelas dengar.
Setelah tidak kelihatn sesiapa lagi muncul, Cikgu Aminudin ingin mengucapkan rasa terima kasihnya. Tetapi tiba-tiba terdengar laungan dari belakang mengatakan sesuatu.
" Cikgu! Arif belum serahkan apa-apa lagi, Cikgu." Satu suara lantang dari belakang. Semua mata tertumpu kepada arif. Arif menunduk.
"Betul ke arif?" tanya Cikgu Aminudin ingin kepastian.
Arif mengangguk sambil bangkit dan terus bergerak menuju ke arah cikgunya. Pelajar-pelajar lain memerhatikan penuh hairan sebab arif tidak pun membawa apa-apa. Ini tidak boleh jadi, kata hati yang lain. Cikgu Aminudin hanya menunggu penuh setia. Dia berasa pelik ketenangan Arif menuju ke arahnya dengan tangan kosong.
" Maafkan saya, Cikgu! " kata arif menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersalaman.
tangan itu disambut erat seerat genggaman tangan Arif. Kemudian Arif membongkokkan diri dan mencium tanga Cikgu Aminudin. Terasa oleh Cikgu Aminudin ada titisan air menyejukkan tangannya. Pasti air mata Arif, Cikgu Aminudin meneka.
" Cikgu , ilmu tunjuk-ajar yang Cikgu berikan kepada saya amat tinggi nilainya. Tak terfikir oleh saya untuk memberi sesuatu yang setanding dengannya. Maafkan saya, Cikgu."
Terpegun Cikgu Aminudin mendengar kata-kata itu. Tidak pernah diduga olehnya bahawa Arif Membuat kematangan berfikir yang begitu tinggi. Setahu cikgu Arif anak orang kampung biasa. Anak seorang guru Quran di belakang sekolah. Tidak ada di kalangan adik beradiknya yang lulus tinggi-tinggi.
" Cikgu! Sya tidak mampu memberi hanya layak meminta" kata Arif penuh pengertian.
" Apa yang kamu nak minta, Arif? " tanya Cikgu Aminudin.
" Saya nak minta ampun dan minta halal segala ilmu yang cikgu berikan kepada saya," Arif menamatkan bicaranya. Kolam air matanya tumpah lagi.
Perlahan-lahan Arif melonggarkan genggaman tangannya supaya dilepaskan oleh Cikgu Aminudin. Kemudian dia mengundur diri dan balik ke tempat duduknya. Pelajar-pelajar lain saling berpandangan melihat kelopak mata Cikgu Aminudin yang juga digenangi air.
"Pelajar-pelajar sekalian, hari ini cikgu rasa sungguh bangga kerana mendapat satu 'penghormatan' yang sangat istimewa. Ya, cikgu mendapat 'penghormatan' dan bukan 'pemberian sebagaimana yang kamu semua berikan," kata Cikgu Aminudin kepada seluruh kelas.
" Cikgu rasa, selama cikgu mengajar di sekolah ini, inilah satu kepuasan yang sangat tinggi dapat cikgu rasakan. Cikgu harap kamu semua faham maksud cikgu. Dan jadikanlah Arif contoh teladan bagi kamu. Terima kasih."
Cikgu Aminudin terus melangkah keluar dan meninggalkan tanpa toleh-toleh lagi. Para pelajar dibiarkan berfikir sendiri apa ynag tersirat di sebalik ucapan ringkasnya di hujung majlis itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan