Khamis, 1 September 2011

Wardatain

Entah apalah nasib kami di sana nanti...
Syawal kali ini disambut sederhana..namun kesyukuran kupanjatkan kerana kami sekeluarga telah menyempurnakan ibadah puasa dengan rasa kepuasan walau ibdah yang dilakukan tidaklah sehebat mana ...namun kami telah perbaikinya sebaik mungkin..Mudah-mudahan ianya diterima oleh yang Maha Esa... kata orang biar sedikit dan sederhana namun berterusan dan dilakukan dengan hati yang ikhlas..

Dalam kemeriahan dan kegembiraan di pagi syawal..Aku tidak pernah melupakan "dua Mawar" yang sedang mewangi di taman syurga...
Wahai "dua Mawar"ku...kalian bakal menjadi bidadari syurga...tunggulah Ummi dan Walid yang bakal menyusul...mudah-mudahan kami dizinkan masuk ke "tempat" kalian yang indah...
Ini sahajalah kenangan kami ..
Telah 13 tahun kalian berdua meninggalkan kami...Namun kalian tetap hidup di hati kami terutama di hati ummi dan walidmu..

 Wardatul Husna dan Wardatul Huda...
Dua jasad satu hati...
Penghuni  syurga nan indah..
Ummi tetap mengingatimu...Pusaramu tetap kami kunjungi...al-Fatehah untukmu puteri-puteriku...
Kalian telah ada jalan penentunya..
Tinggal kami di dunia ini menghitung hari dan waktu..
Entah esok entah lusa...
Ketentuan hidup kami entah apa kesudahannya..
Sedang terkial-kial membetulkan diri..
Melawan hawa nafsu yang lebih mencintai dunia..
Entah bagaimanakah nasib kami di sana..

Wardatul Husna dan Wardatul Huda...
Beruntunglah kalian anak-anakku...
Kalian pergi dulu meninggalkan kami..
Walau sedih dan pilu kerana perpisahan ..
Namun Ummi dan Walidmu Redha...
Kerana Tempatmu di sana lebih baik berbanding kami di sini...
Salam kasih buatmu "Dua Mawar"ku
Syurgalah tempat kekalmu..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan