Solat tahajud adalah ibadah sunat yang mendapat perhatian istimewa daripada Allah.Quran secara langsung menganjurkan kepada kita melaksanakan solat tahajud.Quran mengandungi banyak ayat yang menampilkan pelbagai janji ,baik berupa jaminan terhapusnya dosa ataupun meningkatkan darjat kesan daripada solat tahajud. Keistimewaan itulah yang menyebabkan Nabi Muhammad tidak pernah tidak pernah meninggalkan solat tahajud dan beliau melaksanakannya dengan serius. Keseriusan solat tahajud nabi kelihatan pada kaki beliau yang bengkak.
Amalannya itu diikuti oleh para sahabat, Abu BAkar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abu Talib. Dengan kesibukan dan tanggungjwab sebagai khalifah, mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Kebiasaan itu dilanjutkan oleh para pengikut mereka, para tabiin, borang soleh dan orang yang bertakwa.
Keistimewaan solat tahajud dibandingkan dengan solat sunat yang lain dapat dikemukakan sebagai berikut:
Solat tahajud adalah ibadah mahdhah yang kali pertama diwajibkan kepada ummat Islam selama setahun sebelum mereka diwajibkan solat lima waktu, puasa dalam bulan Ramadan, zakat dan haji.
Tidak ada solat sunat yang secara langsung dianjurkan Allah melalui Al-Quran selain solat tahajud. Solat sunat Rawatib, solat sunat duha dan solat-solat suant yang lain, hanya dianjurkan dalam hadis. Namun itu bukanlah beerti solat sunat yang lain itu tidak penting.
Dapatlah kita membuat kesimpulan, solat tahajud penting dan istimewa hingga ia mendapat lebih perhatian. Anjuran solat tahajud dalam al-Quran dapt dilihat di bawah ini :
~ Allah menjamin Nabi Muhammad, para sahabat dan seluruh umat islam yang mengejakan solat tahajud mendapat tempat yang istimewa dan terpuji melalui surah al-Israk, ayat 79. " Pada sebahagian malam hari, solat tahajudlah sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji."
~ Allah mewajibkan solat tahajud, kemudian menhapuskannya selepas turunnya surah al-Muzamil ayat 1 dan 2, " Wahai orang yang berselimut (Muhammad) bangunlah untuk solat pada malam hari, kecuali sedikit daripadanya."
~ Allah memberikan nikmat yang disembunyikan kepada hambanya yang suka bertahajud dalam surah as-Sajdah, ayat 16 hingga 17, " Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya kerana mereka bertahajud. Mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka. Tidak ada seorang pun tidak tahu apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan mata sebagai balasan bagi apa yang mereka kerjakan. "
~ Allah memberi qurratu a'ayun kepada mereka seperti yang dinyatakan dalam surah Ali Imran, ayat 17, " Iaitu orang yang sabar, benar, tetap taat dan menafkahkan hartanya pada jalan Allah serta memohon ampun pada waktu sahur". Dan dalam surah al-Furqan, ayat 64, " Orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. "
~ Allah memberi hambanya yang bertahajud dan membanyakkan zikir, doa, istighfar dan beribadah kepadanya pada tengah malam dalam surah al-Zumar ayat 9, "Apakah kamu wahai orang musyrik, yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri kerana takutkan azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakan, " Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? ". Sesungguhnya hanya orang yang berakal yang dapat menerima pengajaran. "
~ Allah menyatakan dalam surah az-Zariyat ayat 17 hingga 18, " Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam kerana mereka memohon keampunan daripada Allah. "
~ Tahajud juga disebut dalam ayat 25 hingga 26, surah al-Insan, " Sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petan dan pada sebahagian malam, sujudlah kepadanya dan bertasbihlah kepadanya pada bahagian yang panjang pada malam hari."
~ Dalam surah Qaf juga disebut pada ayat 40, " Bertasbihlah kamu pada malam hari dan setelah selesai solat."
~ Ayat 48 hingga 49 surah al-Thur juga menyebut, " Bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu. Sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami. Bertasbihlah memuji Rabbmu sewaktu kamu bangun berdiri dan bertasbihlah kepadanya pada beberapa saat pada malam hari dan waktu terbenamnya bintang-bintang ( waktu fajar ). "
Nabi tidak pernah meninggalkan solat tahajud kecuali adasebab yang penting. Apabila beliau sakit, beliau mengerjakannya sambil duduk. Apabila beliau tidak sempat mengerjakannya pada malam hari, beliau menggantikannya pada siang hari. Di bawah ini, ada beberapa hadis mengenai tahajud :
Direkodkan daripada Abdullah Bin Abi Qais, " Aisyah berkata kepadaku, " Jangan engau meninggalkan solat malam kerana Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkannya. Apabila beliau sakit ataupun malas, beliau solat sambil duduk", (Hadis yang dilaporkan oleh Abu Daud)
Abu Hurairah merekodkan, Nabi Muhammad berkata, " Solat yang utama selepas solat wajib adalah solat pada tengah malam. Puasa yang utama selain puasa dalam bulan Ramadan adalah puasa dalam bulan Muharam." (Hadis yang dilaporkan oleh Muslim )
Abdullah Bin Salanm merekodkan, " Apabila nabi berada di Madinah, orang ramai bergegas lari menuju beliau. Selepas aku dapat melihat wajahnya dengan jelas, aku mengetahui dia bukanlah seorang pendusta. Ucapan yang pertama kali aku dengar daripadanya adalah, " Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan kepada orang fakir, sambunglah persaudaraan dan solatlah pada malam hari sewaktu orang lain sedang tidur lelap supaya kamu masuk syurga dengan selamat." (Hadis yang dilaporkan oleh Tarmizi)
Aisyah berkata, " Apabila nabi tidur pada malam hari kerana sakit ataupun kerana sebab lain hingga beliau tidak melakukan solat tahajud, beliau menggantikannya pada siang harinya dengan solat 12 rakaat." (Hadis yanf diriwayatkan oleh Muslim)
nabi mengatakan, solat tahajud membawa manfaat kesihatan, "Laksanakanlah solat tahajud kerana ia adalah tradisi kaum soleh sebelum kamu sebagai sarana mendekatkan diri kepada Allah. Ia mencegah daripada perbuatan dosa, menghapuskan kesalahan dan menyembuhkan tubuh daripada penyakit," ( Hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi, Ibn Khuzaimah dan Baghawi)
Orang yang bertahajud mempunyai keistimewaan di tengah malam sewaktu Allah turun ke langit dunia. Allah mengabulkan permintaan mereka dan meliputi mereka dengan rahmatnya. Hadis menyebut, " Allah turun ke langit dunia pada pertengahan malam ataupun seperti sepertiga akhir malam dan berkata, "Siapa yang berdoa kepadaku akan aku kabulkan, siapa yang meminta akan kuberi". (Hadis yang dilaporkan oleh Muslim)
Jabir dan Abdullah merekodkan, " Sesungguhnya pada malam hari, terdapat waktu yang istimewa bagi orang Islam. Siapa yang menepati waktu itu dengan meminta kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, Allah pasti memberikannya. Waktu itu pada setiap malam". ( Hadis yang dilaporkan oleh Muslim)
"Pada hari kiamat, manusia dihalau di tanah lapang dan kemudian malaikat berseru, 'Manakah orang yang selalu solat tahajud?' Hanya sedikit yang bangkit. Mereka lantas dipersilakan masuk syurga tanpa dihisab ". (Hadis yang dilaporkan oleh Baihaqi)
Abu Hurairah merekodkan, nabi berkata, " Allah merahmati orang yang bangun tengah malam lalu solat kemudian membangunkan isterinya. Sekiranya isterinya tetap tidur, dia akan percikkan air ke wajahnya. Allah merahmati wanita yang bangun tengah malam lau solat dan membangunkan suaminya. Apabila suaminya tetap tidur, dia akan percikkan air kewajahnya". (Hadis yang dilaporkan oleh Abu Daud)
WUJUDNYA HUBUNGAN BATIN DENGAN ALLAH.
Adakah melalui solat tahajud ,kita benar-benar dapat mewujudkan hubungan batin dengan Allah?Apabila kita menegakkan tahajud dengan benar,khusyuk dan semata-mata mengharap keredhaan allah,InsyaAllah kita menjadi akrab denganNya hingga Allah membukakan pintu istimewa bagi kita.Oleh itu ,apabila berpuluh-puluh tahun kita tidak dapat merasakan hubungan batin itu,kita perlu membetulkan solat kita.
Apakah sebabnya sekian lama solat mengadap Allah dengan solat lima waktu dan tahajud tetapi Allah masih enggan akrab dengan kita?Menagapa dia enggan membukakan pintu istimewanya bagi kita ? Apakah sebab dan di manakah letaknya kesalahan kita?
Bukanlah Allah berkata di dalam surah al-Ankabut,ayat 45, " Sesungguhnya ,solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar dan mengingat Allah itu lebih besar".
Dalam surah lain,Allah berkata dalam surah al-Ma'un,ayat 4,"Celakalah Orang yang solat sekiranya dia melupakan pesanmoral daripada solatnya".
Nabi pula berkata, "Siapa yang tidak mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, orang itu tidak dekat denagn Allah, malah dia menjauhi". Dalam hadis ini, nabi berkata, "Di akhirat nanti, ada orang yang solatnya yang dilipat-lipat bagai kain kotor dan kemudia dilemparkan kepada orang itu".
Apakah tanda-tanda wujudnya hubungan batin denag Allah? Tanda-tandanya banyak dan beragam. Tetapi secara umumnya, Allah menyuruh malikat melindungi orang berkenan daripada pelbagai maksiat dan kejahatan. Orang seperti itu takut melanggar perintah Allah dan tubuhnya ringan beribadah. Allah juga memberikan keistimewaan berupa kemampuan mengetahui sesuatu hal sebelum ia terjadi. Misalnya sebelum dia ditimpa musibah, Allah memberikan firasat kepadanya melalui mimpi ataupun binatang. Orang yang memiliki hubungan batin dengan Allah memiliki kemampuan membaca isyarat-isyarat daripada Allah.
Orang yang dekat dengan Allah, dia tidak hanya mampu mengendalikan tubuhnya tetapi juga rohnya. Rohnya dapat berkomunikasi dengan alam semesta. Contoh keistimewaan yang dia miliki adalh sekiranya dia minta sebatang pohon berbuah, ia berbuah. Dalam dirinya memancar cahaya yang menggerakkan dan menggoncangkan molekul-molekul yang berada di sekitarnya. Penyair terkenal, Iqbal mengatakan orang sedemikian adalah, " Orang yang mampu menentukan takdirnya".
Orang yang memiliki hubungan batin dengan Allah, paka pada sekelilingnya. Mata batinnya hidup dan peka. Dia dapat membaca tanda-tanda zaman, apa yang terjadi pada dirinya, keluarganya dan persekitarannya. Ada juga yang menerima sesuatu ilmu terus daripada Allah, tanpa mempelajarinya dengan susah payah. Dalam hal ini, orang seperti itu perlu menjaga dirinya jangan sampai dirinya menjadi takbur, sombong, ujub dan riak.
KISAH RABIAH DAN HASSAN
Pada suatu ketika, Rabiah ahli sufi wanita terkenal bertemu dengan Hasan al-Basri, sahabatnya yang juga merupakan ahli sufi. Hasan berkata, " Rabiah marilah kita solat sunah dua rakaat di atas air". RAbiah menjawab, "Hasan, sekiranya kamu mengajakku mempertontonkan kelebihanmu di khalayak ramai ini, kelebihan itu mestilah kelebihan yang tidak dimiliki ramai orang". Selepas berliau berkata demikian, Rabiah melemparkan sejadahnya ke udara, kemudia dia melompat ke atasnya dan mengajak Hasan al-Basri, "Naiklah ke mari Hasan, ikut saya supaya senua orang menyaksikan kita". HAsan yang belum mendapat kelebihan setinggi itu tidak boleh melakukan apa-apa Rabiah kemudian menghibur hati Hasan dengan berkata, " Hasan, apa yang kamu lakukan tadi dapat dilakukan oleh seekor ikan . Sedangkan apa yang saya lakukan ini dapat dilakukan oleh seekor lalat. Apa yang penting sebenarnya bukanlah kelebihan seperti ini. Apa yang penting adalah lita perlu mengabdikan diri kita kepada Allah."
" Aku memohon ampun daripada Allah, Tuhanku dan aku kembali kepadanya". Allah berkata, " Di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah", (al-Zariat, ayat 18) |

"Sesungguhnya, bangun pada waktu malam lebih tepat bagi menjadi khusyuk dan bacaan pada waktu itu lebih berkesan. Pada siang hari, kamu mempunyai banyak urusan". (surah al-Muzamil, ayat 6 hingga 7) |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan