Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas dari ujian sama ada ujian nikmat atau ujian kesusahan..
Firman Allah di dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud:
“Kalau Kami uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur. Dan kalau Kami uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan carilah Tuhan yang lain selain Aku.”
Umumnya, manusia tidak suka dengan ujian kesusahan kerana mereka tidak suka kepada penderitaan. Tetapi bagi orang-orang yang hampir dengan Allah atau orang-orang “muqarrabin”, mereka takut dengan ujian nikmat dan kesenangan kerana ia melalaikan. Ia boleh menggelapkan hati.

Mereka lebih senang dengan ujian kesusahan kerana dengan demikian mereka lebih mudah menginsafi diri, memperbaiki diri dan menghampirkan diri dengan Tuhan.
Bila dalam kesusahan, hati mereka lebih sensitif dan mereka lebih banyak dapat mengingat Tuhan. Ujian kesusahan juga dapat mendidik mereka menjadi sabar, tawakal dan bergantung harap dengan Tuhan. Ujian kesusahan dapat menghapuskan dosa-dosa mereka dan dapat meningkatkan darjat mereka di Akhirat.
Tidak hairanlah mengapa para Sahabat sangat mudah bersabar dengan ujian-ujian kesusahan, sakit, kekurangan makanan, ditipu, dimaki hamun, disusahkan, dicaci, dihina dan dikhianati. Kesemuanya mereka terima dengan penuh sabar dan insaf. Mereka bersyukur kerana berlakunya perkara-perkara itu pada diri mereka sebab untungnya besar. Malahan, kalau ada orang yang berbuat jahat pada mereka, mereka balas dengan kebaikan. Kadang-kadang mereka memberi hadiah kepada orang tersebut tanda berterima kasih.

Rabiatul Adawiyah..
Sabar menerima ujian kesusahan itu ada tahap-tahapnya seperti mana yang berlaku pada Rabiatul Adawiyah dalam sejarah hidupnya. Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah jatuh sakit. Beliau diziarahi oleh Hasan Al Basri, Zunnun dan Malik bin Dinar.
Berkata Hasan Al Basri kepada Rabiatul Adawiyah: “Ini ujian dari Tuhan, maka hendaklah kamu bersabar.”
Maka jawab Rabiatul Adawiyah: “Ada yang lebih baik dari bersabar.”
Berkata pula Zunnun: “Ini ujian Tuhan. Maka hendaklah kamu redha.”
Rabiatul Adawiyah menjawab: “Ada yang lebih baik dari redha.”
Malik bin Dinar pula berkata: “Sakit ini sebenarnya adalah hadiah Allah kepada kamu. Maka hendaklah kamu bersyukur.”
Jawab Rabiatul Adawiyah: “Ada yang lebih baik dari bersyukur.”
Maka bertanya Malik bin Dinar: “Kalau sabar tidak memadai, redha tidak memadai dan syukur pun tidak memadai, apakah sebenarnya yang engkau rasakan?”
Rabiatul Adawiyah menjawab: “Sebenarnya aku sudah lupakan kesusahan yang Allah timpakan terhadap diriku ini.”
Melupakan segala ujian dan kesusahan yang Allah timpakan kepada kita dan mengingat-ingat segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, juga melupakan segala ibadah dan kebaikan kita kepada Allah dan mengingat-ingat dan mengenang-ngenangkan segala dosa dan kejahatan kita kepada Allah termasuk dalam jalan kebenaran.
Perkara yang lebih penting ialah bersyukur dan bersabar kerana itulah untungnya dalam kita menghadapi kesenangan dan kesusahan. Maqam sabar pula boleh ditingkatkan kepada maqam redha, syukur dan lupa.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolonganAllah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengandidatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan hartamelimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.

Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah danmenderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yangbermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak!
Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan