takutkan Allah itu lebih baik daripada takut kepada sesuatu makhluk selain dari-Nya |
Saya begitu tertarik dengan dialog semasa Fahri (watak utama dalam filem "AYAT-AYAT CINTA") di dalam penjara atas tuduhan memperkosa. Ketika beliau begitu terganggu ketika ingin memulakan solat, 'teman' sepenjaranya lantas membentak dan mencengkam leher bajunya lantas berkata, "Dengar, Tuhan sedang berkomunikasi denganmu! Tuhan sedang mengajarmu erti sabar dan ikhlas.... Dan itulah Islam!"
Ya, ujian hidup adalah "guru" yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengakjar dan mendidik. Ia hakikat komunikasi tanpa suara antara Allah dengan hamba-Nya. Ujian terkecil malah yang terbesar adalah takdir Allah. Ia mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian sama ada secara langsung dr Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah.Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita atau kita menyalahkan orang yang mendatangkn ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatanglkan ujian itu.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang menimpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan