Sabtu, 11 Mei 2013

Menguap daripada Syaitan...

         

 Hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu..

          أن النبي صلى الله غليه وسلم قال التثأوب من الشيطان فإذا تثائب احدكم فليكظم ماستطاع

Ertinya: Bahawa nabi Sallahu alaihi wasallam berkata,"menguap itu daripada syaitan ,maka apabila salah seoarang daripada kamau menguap tahanlah ia ( dengan menutup mulut dengan dengan belakang tapak tangan kiri) supaya syaitan tidak dapat masuk..
       

          Semua manusia akan mengalami menguap ,setengah pendapat mengatakan menguap itu tanda mengantuk dan perlu tidur,apabila ditahan dan tidak tidur menguap akan semakin kerap berlaku.

           Kebiasaannya perbuatan menguap, mulut akan terbuka dan ada sesetengan orang akan mengeluarkan suara,ada yang perlahan ,ada juga yang sengaja dikuatkan.
Adab muslim apabila menguap hendaklah menutup mulut dengan belakang tangan kiri bukan tapak tangan kiri atau tangan kanan agar tidak mengeluarkan suara dan tidak memberi kesempatan kepada syaitan...
                                          


Tiada ulasan:

Catat Ulasan