Selasa, 7 Jun 2011

Kuburkan Tagha Suburkan Iman...

Assalamualaikum...

Kembali bertemu lagi...
Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah,Tuhan yang mencipta alam semesta,mengatur segala urusan,memberi keampunan bagi segala dosa,mengabulkan semua doa,memberi segala yang diminta oleh hambanya yang istiqamah mengerjakan ibadahnya.Di kesempatan ini ingin kuberkongsi sedikit ilmu...

Menyuburkan iman .
Dalam surah al-Alaq, Allah memperkenalkan diri kepada kita sebagai Tuhan. Dialah yang mencipta kan kita daripada tiada menjadi ada. Dialah yang menjaga dan menolong kita. Dengan itu, wajarlah dia memproklamasikan dirinya sebagai Tuhan yang maha mulia, maha kuat, maha kuasa, maha kaya, maha bijaksana, maha-maha yang lain. Sedangkan kita diciptakan, maka pada dasarnya kita hina. (min 'alaq) dan bodoh (lam ya'lam). Kita tidak memiliki kekuatan, kepintaran, kekayaan dan kekuasaan. Walaupun kita memiliki sedikit kekuatan, kepintaran, kekayaan, kekuasaan semua itu adalah berasal daripada percikan rahman dan rahim-Nya. Apabila kita membandingkannya dengan ilmu-Nya, sama seperti membandingkan setitis air di tengah lautan.

  "Dan kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (surah al-Israk , ayat 85)

Kita perlu jujur dengan semua keterbatasan kita. Tidak semua masalah hidup ini dapat kita atasi dengan kepandaian yang kita miliki. Mungkin kita dapat kita dapat mengatasi satu masalah, tetapi tidak mampu mengatasi semua masalah. Seandainya kita mampu mengatasi pelbagai persoalan hidup, apa gunanya Quran diturunkan?  

Quran itu diturunkan bagi membantu manusia kerana keterbatasannya itu. Contohnya doktor pakar paru-paru tentu tidak pakar dalam semua penyakit seperti jantung, buah pinggang, gigi, kulit dan ribuan penyakit lain. Kepakarannya terbatas pada paru-paru manusia. Dia tidak pakar dalam bidang paru-paru kuda, kera dan anjing. Padahal bagi mendalami satu bidang kepakaran memrlukan waktu yang lama. Oleh sebab itu, doktor pakar paru-paru ataupun lain-lain perlu jujur mengakui kebatasannya. Ilmu yang dimiliki tidak ada ertinya apabila dibandingkan dengan ilmu Allah.

Nabi mengatakan, orang yang memiliki perasaan hebat, pintar, berkuasa dan kaya walaupun sebesar zarah, tidak akan masuk syurga. Sebaliknya Allah berjanji memberi jaminan bagi hambanya yang beriman, "Seseorang tidak akan masuk neraka apbila dalam dirinya ada iman sekalipun ianya hanya sebesar zarah". Iman dan tagha adalah dua sifat yang selalu bertentangan. Kedua-duanya tidak pernah berada dalam satu rumah. Sekiranya ada tagha, tiadalah iman, dan begitulah sebaliknya.

Orang yang mengaku dirinya beriman, tetapi masih mempunyai tagha, meskipun sebesar zarah, bererti imannya sekadar imanologi. Islamnya cuma islamologi.

" Sesungguhnya orang yang beriman itu apabiladisebut nama Allah gementar hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualan=h mereka berserah. " (surah al-Anfal, ayat 2) 

Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W membaca syahadat dalam solatnya, telunjuknya bergerak-gerak sebagai refleksi keimanannya. Gerakan telunjuk itu lahir daripada getaran iman dalam dada. Getaran yang tumbuh kerana munculnya perpaduan perasaan cinta, takut dan harapan. 

Tagha menjadi penghalang kebaikan seseorang. Tagha memalingkan seseorang daripada kebenaran dan merendahkan orang lain. 


Tagha itu adalah suatu sifat yang menjadikan orang sombong, takbur, angkuh dan seumpamanya. Dengan sifat itu, manusia menganggap dirinya hebat, berkuasa, pandai, kaya , tampan, cantik dan sebagainya. 

" Kerana memandang dirinya mampu." (surah al-Alaq., ayat 7)

Tagha dalam diri manusia tampil dalam berbagai-bagai bentuk dan manifestasi. Kadang-kadang ia tampil dalam bentuk nyata dan demonstrasi seperti merasakan dia berkuasa, pandai dan soleh. Ia juga sering tampil secara tersembunyi dan halus hingga ia tidak terlihat sebagai tagha. Misalnya berpakaian dengan lusuh dengan alasan sekiranya berpakain bagus dan rapi , takut orang menganggapnya tagha. Di sebalik pakaian itu, terkandung maksud supaya orang menganggapnya bersahaja.

"Kesombongan itu menolak yang hak dan merendahkan sesama manusia ."

Pada zaman nabi, kebanyakan daripada mereka yang menerima Islam adalah golongn hamba. Mengapa? Kerana mereka tidak mempunyai tagha. Apa yang hendak mereka taghakan? Mereka tidak mempunyai ilmu, kuasa dan harta. Bahkan kehidupan mereka tertindas di bawah majikan yang zalim. Sebaliknya, Abu Sofyan, Abu AJhal, Abu Lahab dan Abu Thalib adalah pembesar Mekah dan bangsawan terkemuka yang dihormati. Mereka berpengaruh kuat dan kekayaan mereka melimpah. Oleh sebab itu juga,  tagha  mereka juga hebat. Itulah yang menyebabkan mereka enggan menerima Islam dan menolak syahadat.

Tagha dalam diri kita tumbuh subur kerana dipupuk oleh keadaan. Mungkin kita keturunan bangsawan ataupun orang kaya hingga timbul perasaan kita lebih baik dari orang lain. Kita membanggakan kebangsawanan dan garis keturunan. Mungkin juga yang kita banggakan adalah gelaran Dr, Ir, Profesor, padahal tanpa bantuan guru dan pensyarah, kita tidak mungkin mencapai tahap itu. Ada juga orang yang bangga dengan wang simpanannya yang banyak di bank. Padahal tidak ada ertinya apabila kita bandingkan dengan harta milik Adnan Kasogi, Howard Hughes dan Gudan Garam apalagi kekayaan Qarun yang yang kunci gudangnya sahaja dibawa oleh 70 ekor unta.

Bagaimana caranya kita hendak mengikis  tagha? Melakukannya tidak mudah tetapi juga tidak mudah. Apa yang penting ada kemahuan untuk belajar, beribadah, berlatih sambil munajat kepada Allah supaya Dia melindungi kita  daripada kesombongan. Pada masa lalu, dalam rangka menghilangkan tagha ini, apabila seorang pelajar melanggar tata tertib pesantren, dia biasanya dibotakkan dan kemudian dimandikan air bekas mandi ataupun cucian. Kadang-kadang dia terpaksa air atau pun kayu untuk ustaznya. Hukuman sedemikian diharapkan dapat mengikis tagha dalam dirinya.

Ulama zaman dahulu ada yang menolak menjadi imam solat kerana takut tagha tumbuh dalam dirinya. Dia bimbang apabila merasakan getaran dalam hatinya  seakan-akan dialah orang yang bijak, alim, khusyuk dan benar solatnya.

Umar al-Khatabb mempunyai cara tersendiri memerangi tagha . Sebagai khalifah dan Amirul Mukmin yang autoriti  kekuasaannya melebihi  presiden ataupun raja pada zaman ini, beliau baju dengan 14 tampalan. Sementara itu, Nabi Muhammad menolak disambut dengan berdiri oleh sahabat sewaktu beliau tiba di suatu majlis. Nabi berkata, " Aku bukan kaisar Rom ataupun Parsi yang suka diperlakukan seperti itu. Jangan lakukan itu padaku ", Apabila ada orang ataupun sahabat yang mahu membawa barang untuknya, nabi menolak dan berkata, " Aku juga mahu masuk syurga, biarkan aku membawanya sendiri". 

Imam al-Ghazali adalah ulama besar yang pernah berguru dengan abang kandungnya iaitu Imam Ahmad. Pada suatu hari, Imam al-Ghazali bertanya kepada abangnya, "Apakah pelajaran kita pada hari ini? " Imam Ahmad menyuruhnya menyapu jalan dan membersihkan sampah. Sesudah itu, abangnya mengajaknya solat berjemaah dan beliau diminta menjadi imam. Apabila solat masuk rakaat kedua, abangnya yang menjadi makmum di belakangnya, meninggalkannya. Selesai solat, Imam al-Ghazali bertanya mengapa abangnya tadi meninggalkan solat pada rakaat kedua. Imam Ahmad menjawab " Bukankah dalam rakaat kedua, bukankah kamu membayangkan gadis cantik?" Imam al-Ghazali  menjawab "Betul!" . Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali  belum lulus. Dia perlu membuang tagha dalam dirinya.

Dia terbayang gadis cantik kerana ketika dia membersihkan jalan, ada gadis cantik yang lalu dihadapannya. Imam al-Ghazali  berasa malu kerana baginya menjadi pembersih jalan adalah pekerjaan yang hina. Rasa malu yang timbul dalam dirinya itu adalah tagha , bukan rasa malu yang dikehendaki nabi iaitu, " Malu itu adalah sebahagian daripada iman". Malunya bukan tumbuh dari hatinya yang tulus. 

Hati-hati apabila perasaan tagha, berasa mampu, pintar, berkuasa, kaya tumbuh dalam diri. Ini kerana Allah sentiasa menunjukkan kekuasaannya kepada kita melalui sesuatu yang kita taghakan. Kita ambil contoh seorang pesakit lelaki yang datang ke klinik saya untuk berubat. Dia mengidap barah paru-paru. Ternyata isterinya doktor pakar paru-paru. Ada pula seorang profesor pakar jantung justeru sakit jantung. Ada seorang doktor yang memasang oksigen untuk dirinya sendiri sebelum merawat pesakit.

Hal ini demikian wajar kerana doktor bukan Tuhan ataupun malaikat yang steril daripada sakit. Namun dengan beberapa kes itu, seolah-olah Allah hendak membuktikan kekuasaannya kepada kita, yang menyembuhkan itu bukan doktor melainkan penyembuh yang sejati. Innalillaha thabibun, doktor yang sejati iaitu Allah. Seakan-akan Allah berkata, " Sekiranya kamu pakar jantung, sembuhkan penyakit jantungmu sendiri."

Kita dapat melakukan pelbagai cara bagi mengikis tagha dan menumbuhkan perasaan tidak berdaya dalam diri kita. Bayangkan, misalnya kita manaiki kapal terbang dan tiba-tiba pada ketinggian 30 ribu kaki, enjin kapal terbang rosak dan kita jatuh. Apakah yang dapat kita lakukan dalam keadaan itu? Sebelum kita tidur,  kita rasa sihat sahaja selepas bangun, tiba kita diserang angin ahmar. Bahagian kanan ataupun kiri tubuh lemah ataupun tidak dapat bergerak. 

Bagi menghalang tagha dalam diri kita, tumbuhkan kalimah 'La ilaha illallah'. Apbila pengakuan itu bersemi, tidak ada sesuatu apa pun di dunia ini yang membingungkan, mencemaskan dan menakutkan. Insya Allah, kita mampu menghadapi segala masalah dengan reda dan berlapang dada, tanpa rasa tertekan. Ingat, tekanan sering menjadi penyebab utama pelbagai penyakit. Oleh sebab itulah, Allah mengingatkan kita supaya mengembalikan semua urusan kepadanya supaya kita dapat meminimumkan tagha yang ada dalam diri kita. 

" (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan)." (surah al-Alaq, ayat 8)

Selepas turunnya surah al-Alaq, turun pula surah al-Qalam. dalam surah ini, Allah menggambarkan reaksi pemimpin dan bangsawan Quraisy pada Nabi Muhammad dan janji Allah kepada nabi dan segenap pengikutnya. Abu Lahab dan kawan-kawannya menyebarkan fitnah dalam mansyarakat Mekah dengan harapan mereka menolak dakwah nabi. Abu Lahab mengatakan Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang penyair yang gila dan pelbagai tuduhan lagi. Bagi menegaskan status nabi dan sahabat-sahabatnya, Allah menurunkan surah al-Qalam sperti berikut, " Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis. Engkau dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu bukanlah seorang gila. Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus. Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat. Siapakah orang yang gila di kalangan kamu semua. Sesungguhnya Tuhanmulah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanya, dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." (surah al-Qalam, ayat 1hingga 7)

Dengan tujuh ayat itu, Allah menegaskan status orang islam dan berjanji membantu dan memberikan keperluan dasar manusiawi kepada sesiapa sahaja yang mengikut petunjuknya. Dengan ayat-ayat itu, Allah meminta supaya umat Islam tidak takut pada ancaman orang kafir. Allah juga menjanjikan pahala yang tidak terbatas kepada Nabi Muhammad dan seluruh umat Islam yang beriaman.Kehadiran manusia di muka bumi ini tidak semata-mata sebagai hambanya sahaja tetapi juga sebagai khalifah.Salah satu sifat khalifah ialah memiliki sifat rahman dan rahim kerana sifat rahman dan rahim Allah jugalah dunia ini tercipta.Allah menganugerahkan sifat kasih sayang ini kepada kita .Oleh sebab itu ,bagi memastikan kita mampu melaksanakan tugas kita sebagai khalifah secara maksimum,kita perlu menyerap sebanyak-banyaknya rahman dam rahim Allah.Tampa limpahan kasih sayangnya kepada kita ,bagaimana kita dapat memberikan kasih sayang kepada orang lain?Di sinilah pentingnya solat tahajud.

solat tahajud adalah kaedah bagi mendekatkan diri pada Allah.Mustahil kita dapat menyerap kasih sayang Allah sekiranya kita tidak berupaya mendekatkan diri kepadaNya.Semakin kita dekat dengan Allah semakin banyak sifatNya yang dapat kita serap .Sewaktu kita sedang mengerjakan solat tahajud .bayangkan kita sedang berdialog dengan Allah .bayangkan kita sedang mengadu segala urusan yang sedang dan bakal kita hadapi.

InsyaAllah di lain waktu saya akan kongsi tentang indahnyanya solat tahajud...Wassalam.

2 ulasan:

  1. ayatnya sama seperti dalam buku "pesona tahjud"..terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  2. ayatnya sama seperti dalam buku "pesona tahjud"..terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam